Anda
Mencari Cara Menambah Pendapatan?
Anda
mungkin sekarang masih tercari-cari cara bagaimana hendak menambahkan
pendapatan sampingan. Sejak harga minyak naik Jun 2008 lepas, ramai
orang susah hati. Apa tidaknya, apabila harga minyak naik sahaja, harga
barang pun turut naik.
Segala-galanya naik. Kalau sedikit naiknya tidak mengapa. Tetapi
naiknya banyak hingga membebankan semua orang. Bagi yang hidup bujang
dan belum ada tanggungan, mungkin tidak terasa sangat. Tetapi bagaimana
dengan mereka yang sudah berkeluarga dan ada ramai anak. Sudah tentu
pening kepala. Apa tidaknya, harga barang naik melambung-lambung tetapi
gaji tetap ditakuk lama.
Sejak harga barang naik, ramai yang sibuk memikirkan dan mencari cara
bagaimana hendak menambah pendapatan sampingan. Pelbagai program dan
bisnes yang kita dengar sana sini yang menjanjikan pendapatan lumayan.
Di akhbar, majalah dan internet, pelbagai tawaran diiklankan bagi
menarik orang ramai menyertai bisnes yang ditawarkan. Masing-masing
sibuk mencuba bermacam-macam bisnes bagi menambah pendapatan. Ada yang
menjadi. Ada yang buang duit sahaja.
Tidak dinafikan, salah satu cara hendak menambah pendapatan ialah
dengan bisnes. Jika hendak harapkan gaji naik, berapa sangatlah yang
naik. RM50,
RM100, RM150? Belum tentu dapat tampung kos sara hidup yang
semakin tinggi. Tauke-tauke bisnes sekarang bukannya sibuk memikirkan
berapa hendak naikkan gaji pekerja mereka, tetapi bagaimana hendak
kurang kos. Jadi jangan hairan sekarang banyak syarikat yang ditutup
ataupun mengurangkan pekerja mereka. Bagaimana dengan anda?
Hendak berjimat? Berapa sangat yang kita dapat jimat setiap bulan
daripada hasil duit gaji. Yalah... macam mana hendak jimat jika duit
yang masuk tetap sama sedangkan duit yang perlu keluar setiap bulan
semakin bertambah. Tidak dapat tidak, bisnes menjadi jalan yang terbaik
bagaimana hendak tambah pendapatan.
Jadi anda jangan hairan mengapa kerajaan sendiri sekarang ini
menggalakkan kakitangan kerajaan menceburi bisnes secara
kecil-kecilan.
Sehinggakan kerajaan sangup menyediakan pinjaman bagi mana-mana
kakitangan kerajaan yang hendak buat bisnes. Tetapi ada syaratnya,
bisnes yang dibuat itu tidak mengganggu tugas harian di pejabat.
Apakah Bisnes
yang
Sesuai bagi Menambah Pendapatan?
Jika anda
sekarang sudah ada pendapatan tetap daripada pekerjaan anda sekarang,
tentu anda sedang mencari-cari bisnes yang memenuhi kriteria berikut:

|
Bisnes
itu memerlukan modal kecil
sahaja tetapi untungnya besar. |
 |
Bisnes
itu tidak
memerlukan anda memperuntukkan masa yang
banyak. |
 |
Bisnes
itu tidak
mengganggu kerja harian anda sebagai kakitangan kerajaan ataupun
swasta. |
 |
Bisnes
itu tidak
memerlukan anda menggaji pekerja.
Anda seorang diri boleh uruskan. |
 |
Bisnes
itu anda dapat
uruskan dari rumah
atau tempat kerja sahaja menggunakan internet. |
 |
Bisnes
itu tidak
memerlukan kedai. |
 |
Bisnes
itu tidak
memerlukan anda menjadi seperti seorang jurujual di
jalanan. |
 |
Bisnes
itu cepat
dan
mudah dimulakan. |
Sudah
tentu di luar sana anda ada berjumpa dengan bisnes yang memenuhi
kriteria seperti di atas. Jika begitu tahniah diucapkan kepada anda.
Bagi anda yang masih tercari-cari bisnes yang memenuhi kriteria seperti
di atas, TAHNIAH saya ucapkan kerana anda sudah menemuinya di laman web
yang sedang anda tatap ini. Tidak lain dan tidak bukan, bisnes itu
ialah bisnes
menjual buku yang anda tulis dan terbit sendiri. Mari saya
terangkan lebih lanjut.
Selamat Datang
ke Dunia Bisnes Buku
 |
Adakah
anda memiliki
apa-apa kemahiran
yang dapat orang lain ambil manfaat? |
 |
Adakah
anda memiliki hobi
yang hendak dikongsi dengan orang lain? |
 |
Adakah
anda ingin
berkongsi cerita
menarik dengan orang lain? |
 |
Adakah
anda ada idea
yang dapat membantu orang lain buat duit? |
 |
Adakah
anda lulus
kertas penulisan sama ada bahasa Melayu ataupun bahasa
Inggeris dalam peperiksaan SPM anda yang lalu? |
Jika
jawapan anda 'Ya' bagi salah satu daripada soalan di atas, anda layak
bergelar penulis. Anda juga sepatutnya layak menerbit buku yang anda
tulis itu. Tentu anda gembira apabila melihat buku anda yang terbit itu
dipamerkan di rak kedai buku ternama seperti MPH, Popular,
Borders,
Kinokuniya, Syarikat Muda Osman, dan banyak lagi. Anda juga
pasti
bangga apabila mendapat pulangan dalam bentuk wang ringgit berpuluh
ribu ringgit setiap tahun hasil daripada buku yang anda tulis itu.
Namun
begitu, ada satu masalah yang selalu dihadapi oleh penulis baru seperti
anda yang baru pertama kali hendak menerbit buku. Apa masalahnya? Tidak
lain dan tidak bukan, penerbit tidak berminat menerbitkan buku anda.
Pelbagai alasan diberikan. Antaranya:
 |
Nama
anda orang tidak kenal. Jadi susah penerbit hendak jual buku di
pasaran
nanti terutamanya jika buku yang anda tulis adalah novel. |
 |
Cerita
yang anda hendak tulis tidak menarik
pada pandangan penerbit. Jadi
susah hendak jual nanti. |
 |
Pasaran
buku yang anda tulis terhad.
Penerbit mahukan buku yang boleh dijual
sehingga 20,000 naskhah setahun. |
 |
Penerbit
tidak berminat menerbitkan buku teks untuk digunakan oleh
pelajar di
insitusi di mana anda mengajar. Pasarannya terhad. |
 |
Kualiti
tulisan anda tidak bagus kerana anda penulis yang baru pertama
kali
menulis buku. Jadi anda dianggap tiada pengalaman. |
 |
Apa
yang
anda tulis sudah
banyak diterbitkan oleh penerbit lain. Penerbit
mahukan anda menulis sesuatu yang baru. |
Itu
adalah alasan yang sering diterima oleh anda yang baru pertama kali
hendak menerbitkan buku. Bagaimana pula dengan anda yang sudah ada
pengalaman menerbit buku dengan penerbit? Adakah anda gembira selepas
buku anda terbit? Adakah apa yang anda angan-angankan selepas buku anda
terbit menjadi kenyataan? Jawapannya ialah, ramai penulis tidak gembira
dan tidak berpuas hati dengan penerbit buku mereka. Pelbagai rungutan
yang dapat kita dengar. Antaranya:
 |
Penerbit
tipu penulis. Ada penerbit yang tidak bayar royalti, cetak buku
lebih daripada yang dilaporkan, beli manuskrip pada harga murah. |
 |
Penerbit
tidak mempromosi buku. Ini menyebabkan buku tidak dapat dijual
di pasaran. Akibatnya, royalti penulis sedikit dan tidak setimpal
dengan usaha menulis buku. |
 |
Penerbit
lambat bayar royalti. Pelbagai alasan diberikan oleh penerbit
sebagai cara melambat-lambatkan bayaran. Ada penulis yang buku mereka
sudah 3 tahun terbit tetapi satu sen royalti pun belum mereka terima.
Sedangkan tauke-tauke penerbit kelihatan hidup begitu mewah
dan sering menukar kereta baru. |
 |
Buku
tidak cantik. Penulis sering membandingkan buku mereka dengan
penulis lain. Antara aspek yang sering dibandingkan ialah kulit buku.
Ramai penulis kecewa kerana kulit buku mereka buruk sehingga mereka
tidak sanggup mengaku itu buku mereka. |
Apa
perasaan anda apabila menghadapi pelbagai masalah seperti di atas?
Sudah tentu semangat anda luntur. Hasrat menjadi penulis terkenal terus
pudar. Impian melihat buku anda terbit dan dipamer di kedai-kedai buku
terkenal terus padam.
Apa Pilihan Anda?
Tentu
anda tertanya-tanya, jika banyak sangat masalah yang dihadapi penulis
apabila menerbit dengan penerbit buku, jadi apa pilihan yang anda ada?
Jawapannya ialah, anda terbit sendiri buku
yang anda tulis itu.
Mengapa?
Anda tidak percaya dan tidak yakin hendak terbit sendiri buku anda itu?
Memang sewajarnya anda berasa sedemikian. Ini kerana tidak ramai yang
tahu bagaimana caranya menerbit buku sebagaimana diri anda. Sebab itu
anda berasa tidak yakin.
Proses
menerbit buku tidak diajar di sekolah. Di peringkat universiti juga,
tidak banyak yang menawarkan kursus penerbitan buku. Jika ada pun
kursus itu, bermakna anda perlu menghabiskan lebih daripada RM20,000
bagi mendapatkan segulung ijazah dalam bidang penerbitan dalam
tempoh 3-4 tahun.
Namun
begitu anda tidak perlu risau. Ini kerana ada sebuah buku yang akan
menerangkan langkah demi langkah bagaimana menerbit sendiri buku. Buku
yang saya maksudkan berjudul 'Buat Duit dengan
Terbit Sendiri Buku'.
Buku ini saya tulis sendiri berdasarkan pengalaman saya selama 8 tahun
bertugas di sebuah syarikat penerbitan buku terkenal di Malaysia
sekarang.
Apa Itu Terbit Sendiri?
Terbit sendiri
bermaksud proses menukar bahan bertulis yang anda miliki ke dalam
bentuk buku
bercetak ataupun e-book. Bahan bertulis itu sama ada anda
sendiri yang tulis ataupun anda mengupah orang lain menulis bagi pihak
anda. Kemudian anda memasar, menjual dan mengedar sendiri buku yang
diterbitkan kepada kedai buku, pengedar dan pengguna akhir iaitu
pembaca. Dengan kata lain anda memiliki kuasa penuh dalam proses
penerbitan buku anda. Anda yang membuat keputusan dan anda jugalah yang
memikul risikonya.
Terbit sendiri berbeza dengan terbit secara
tradisional melalui penerbit buku. Anda menulis dan menyiapkan
manuskrip kemudian menghantar manuskrip itu kepada penerbit bagi
dinilai. Apabila penerbit setuju menerbit manuskrip anda, proses
seterusnya diuruskan oleh penerbit. Ini termasuklah membuat rekabentuk
kulit dan halaman, mencetak, memasar, menjual dan mengedar. Anda hanya
menunggu bayaran royalti daripada penerbit selepas tempoh tertentu.
Dengan kata lain, segala urusan penerbitan dikawal sepenuhnya oleh
penerbit. Anda tidak boleh campur tangan dalam proses penerbitan
kecuali dibenarkan oleh penerbit.
Bagi memudahkan lagi
anda memahami terbit sendiri, hakikatnya apabila anda terbit sendiri,
bermakna anda memain-kan peranan sebagai penerbit buku. Bezanya ialah,
anda menerbit buku anda sendiri. Tetapi penerbit buku kebanyakannya
menerbit buku orang lain.
Apa
Kelebihan Anda Terbit Sendiri Buku |
1.
Anda Mendapat Lebih Banyak Duit
Umumnya,
apabila anda menerbit manuskrip dengan mana-mana penerbit, anda akan
dibayar royalti. Ada penerbit yang menawarkan royalti sebanyak 10
peratus daripada harga jualan buku. Mungkin ada yang lebih tinggi
sehingga mencecah 20 peratus. Secara umumnya, penerbit-penerbit buku di
Malaysia menawarkan royalti antara 7 hingga 20 peratus, bergantung pada
kedudukan dan prestasi syarikat penerbitan.
Bagaimana royalti dikira? Sebagai contoh anda menerbit judul A dengan
penerbit B. Harga buku ialah RM20. Peratus royalti yang ditawarkan pula
ialah 10 peratus daripada harga buku. Katakan buku anda dicetak
sebanyak 2,000 naskhah dan semuanya habis terjual dalam tempoh setahun.
Maka royalti anda seperti berikut:
Royalti buku anda |
= |
Peratus
royalti x harga jualan x jumlah terjual |
|
= |
10% x RM20 x
2,000 |
|
= |
RM4,000 |
Mari kita lihat berapa yang bakal anda perolehi
jika anda terbit sendiri buku itu. Andaikan harga buku itu masih sama
iaitu RM20. Anda berjaya menjual terus kepada pengguna dalam tempoh
setahun sebanyak 2,000 naskhah. Jadi pendapatan kasar anda ialah:
Pendapatankasar |
= |
Harga buku x jumlah terjual |
|
= |
RM20 x 2,000 |
|
= |
RM40,000 |
Ini adalah pendapatan kasar sahaja. Bagi
mendapat pendapatan sebenar, anda perlulah menolak kos-kos yang
terlibat dalam menerbit dan memasarkan sendiri buku anda itu. Sebagai
contoh, kos membangunkan buku itu seperti kos membuat rekabentuk
halaman dan kulit, membuat filem, mencetak, promosi, membina laman web,
penghantaran dan lain-lain. Andaikan jumlah kos yang perlu ditolak
RM10,000. Maka pendapatan bersih anda ialah RM40,000 RM10,000 =
RM30,000.
Jadi yang mana lebih banyak? Jika terbit dengan penerbit anda mendapat
RM4,000 setahun. Tetapi jika anda terbit sendiri, pendapatan anda ialah
RM30,000 setahun. Sudah tentu terbit sendiri lebih untung.
2. Anda Dapat
Duit Lebih Cepat
Satu lagi kelebihan terbit sendiri
buku ialah, anda tidak perlu tunggu 6 hingga 12 bulan bagi mendapat
hasil jualan buku anda. Ini kerana jika anda menjual terus kepada
pengguna tanpa melalui orang tengah, anda terus menerima bayaran. Ini
berbeza jika anda menerbit dengan penerbit buku. Anda terpaksa tunggu
sehingga tempoh tertentu sebelum dibayar royalti.
Industri buku sebenarnya ialah industri kredit. Semuanya berasaskan
hutang. Dan hutang itu perlu dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sebagai contoh, jika penerbit menjual buku kepada kedai buku, kedai
buku diberi tempoh mungkin 60 hari, 90 hari, ataupun 120 hari sebelum
perlu membayar kepada penerbit. Ini bermakna penerbit perlu menunggu
sebelum buku yang dijual dibayar harganya oleh kedai. Sebab itulah
mengapa penerbit mengambil tempoh lama sebelum dapat membayar royalti
kerana jualan yang dibuat bukan berbentuk tunai.
3. Buku Anda
Terbit Lebih Cepat
Biasanya, apabila penerbit
bersetuju menerbit buku anda, penerbit akan memaklumkan bahawa buku
anda akan terbit dalam tempoh 18 bulan dari tarikh manuskrip lengkap
diterima ataupun dari tarikh perjanjian penerbitan ditandatangani. Ada
penerbit memberi tempoh 12 bulan dan mungkin ada yang sampai 2 tahun.
Mengapa buku lambat terbit? Sebelum penerbit mengambil keputusan
menerbit ataupun tidak manuskrip yang anda hantar, mereka perlu membuat
kaji selidik pasaran terlebih dahulu. Mereka juga perlu menilai mutu
manuskrip anda dengan cara melantik penilai luar. Selain itu, penerbit
perlu mengira untung rugi jika mereka menerbit manuskrip anda. Ini
sudah tentu mengambil masa.
Apabila manuskrip anda sudah diterima, penerbit perlu mengatur jadual
penerbitan buku anda. Ini termasuklah melantik editor, membuat
rekabentuk halaman dan kulit, membuat indeks, mencetak dan sebagainya.
Biasanya, penerbit kecil yang hanya menerbitkan 20 judul setahun, mampu
menyingkatkan tempoh terbit buku anda. Tetapi jika penerbit itu adalah
penerbit besar yang menerbit 200 hingga 300 judul setahun, masa yang
diambil lebih panjang. Ini kerana penerbit besar perlu membuat
belanjawan terlebih dahulu di samping menyediakan pelan pemasaran yang
baik. Selain itu, penerbit mungkin mengalami masalah tenaga kerja
editor yang tidak cukup berbanding judul yang banyak bagi diterbitkan.
Apabila anda menerbit sendiri buku anda, sudah tentu anda tidak
mengalami masalah seperti di atas. Segalanya terpulang kepada anda.
Katakan anda hendak menerbit buku rujukan bacaan pelajar anda sebelum
semester bermula, anda pasti dapat menerbitkannya kerana anda sendiri
penerbitnya.
4. Jualan
Buku
Anda Dapat Dilipat Gandakan
Apabila anda menerbit buku dengan
penerbit, anda perlu tahu bahawa bukan buku anda seorang yang
diterbitkan. Terdapat beratus-ratus lagi buku oleh pelbagai penulis
yang diterbitkan. Oleh itu, anda tidak boleh terlalu berharap penerbit
akan mempromosikan berhabis-habisan buku anda kecuali anda adalah
selebriti hiburan, tokoh politik ataupun orang ternama.
Biasanya, penerbit mempunyai bajet yang terhad bagi tujuan promosi.
Bagi menjimatkan kos promosi, penerbit terpaksa memilih buku yang
mereka sasar dapat menjadi best-seller sahaja. Bagi buku yang penerbit
sasar menjadi best-seller, mereka mempromosi buku itu lebih daripada
buku-buku yang lain. Poster-poster khas dibuat bagi judul yang dipilih
berserta foto wajah penulis. Pendek kata penerbit tidak akan
teragak-agak berbelanja besar bagi buku yang ditulis oleh selebriti,
tokoh politik ataupun orang ternama kerana mereka yakin buku-buku ini
boleh menjadi best-seller.
Bagi buku biasa pula, mereka akan mempromosi buku-buku secara set.
Sebagai contoh, jika ada 7 buku mengenai kesihatan oleh 7 penulis
berbeza, mereka akan mempromosikan buku itu sebagai set buku kesihatan.
Maka dibuat poster yang memaparkan 7 kulit buku berlainan judul oleh 7
orang penulis yang berlainan dalam satu poster. Foto wajah 7 penulis
itu langsung tidak diletak pada poster. Dengan kata lain 7 penulis itu
berkongsi bahan promosi. Ini dapat menjimatkan kos penerbit.
Apabila senario mempromosi penulis ataupun buku tertentu sahaja, sudah
tentu ada buku yang akan tercicir daripada segi promosi. Ini
menyebabkan tidak ramai pengguna tahu mengenai buku itu. Secara tidak
langsung jualan buku kurang.
Sebaliknya, jika anda sendiri menerbit buku anda, tanggung-jawab
promosi semestinya di bahu anda. Anda kenal siapa sasaran pembeli buku
yang anda tulis dan di mana anda perlu mempromosikannya. Anda tidak
perlu sibuk mempromosi buku orang lain.
Jika sebuah buku sahaja yang anda terbit, anda boleh fokus sepenuhnya
mempromosi buku anda sama ada dengan memberi ceramah, bengkel,
mempromosi di internet, melalui emel dan banyak lagi cara. Sudah tentu
promosi habis-habisan yang anda lakukan dapat menarik minat ramai
pengguna membeli buku anda. Tidak mustahil jualan buku anda berlipat
kali ganda daripada jualan yang boleh dibuat oleh penerbit.
5. Kuasa
Penerbitan di Tangan Anda
Lazimnya penerbit memiliki kuasa penuh dalam menentukan saiz buku,
rekabentuk kulit dan teks dalam, harga, judul, jumlah cetakan dan
lain-lain. Biasanya ini termaktub dalam perjanjian penerbitan.
Mengapakah penerbit hendak memegang kesemua kuasa penerbitan?
Jika penerbit tidak memegang kuasa penerbitan sepenuhnya, besar
kemungkinan, buku penulis tidak akan terbit ataupun lambat terbit. Apa
tidaknya, masing-masing memiliki cita rasa yang berbeza. Penulis hendak
putih, penerbit hendak hitam. Akhirnya penerbit terpaksa mengguna kuasa
veto bagi menyelesaikan masalah.
Walaupun demikian, masih ada penerbit yang bersikap tolak ansur dan
bersedia mendengar dan menerima cadangan penulis. Ini bergantung pada
bagaimana penulis dapat melembutkan hati penerbit.
Adakah perkara seperti ini akan berlaku jika anda terbit sendiri? Sudah
tentu tidak. Anda bebas menentukan rekabentuk kulit buku anda, berapa
harganya, saiz, tebal, warna, jumlah cetakan dan sebagainya. Itulah
lebihnya jika anda sendiri menjadi penerbit buku anda.
6. Anda
Mendapat Potongan dan Tolakan Cukai Pendapatan
Tahukah anda, royalti yang anda terima hasil daripada jualan buku
dikecualikan daripada dikenakan cukai. Jumlah maksimum royalti yang
dikecualikan cukai ialah sebanyak RM20,000. Oleh itu, jika anda
menerbit buku dengan penerbit, hasil royalti anda dikecualikan cukai.
Tetapi, apabila anda menerbit sendiri buku anda, anda bukan sahaja
dikecualikan cukai bagi royalti yang diterima. Bahkan anda berhak
menolak belanja yang dikeluarkan daripada cukai pendapatan.
Apabila anda menerbit dan menjual sendiri buku anda, anda dianggap
menjalankan perniagaan. Pendapatan yang anda perolehi hasil menjual
sendiri buku dianggap sebagai pendapatan berpunca daripada perniagaan.
Oleh itu, sebarang belanja yang anda keluarkan dalam menjalankan
perniagaan boleh ditolak cukai.
Sebagai contoh jika anda menggunakan rumah kediaman anda sebagai premis
perniagaan, segala bil air, elektrik, cukai tanah, cukai pintu, sewa,
faedah pinjaman, kos ubahsuai dan selenggara rumah boleh ditolak
daripada cukai pendapatan. Begitu juga jika anda mengguna kenderaan,
segala belanja petrol, tol, kos membaiki dan menyelenggara serta
insurans boleh ditolak.
Selain daripada itu, antara belanja lain yang boleh ditolak cukai ialah
bil telefon, belanja hotel, gaji pekerja, derma, belanja keraian,
komputer, dan lain-lain lagi.
Namun begitu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mensyaratkan, sebelum
individu layak menolak belanja perniagaan daripada cukai, dokumen dan
bukti bertulis perlu ada sebagai sokongan. Jika tidak, belanja yang
dibuat tidak boleh ditolak dan anda mungkin dikenakan penalti. Antara
contoh dokumen itu ialah resit, inbois, dan lain-lain.
7.
Meningkatkan Semangat dan Motivasi Diri Anda
Bayangkan diri anda berjumpa daripada satu
penerbit ke penerbit yang lain, akhirnya tidak ada satupun penerbit
yang hendak menerbitkan manuskrip anda. Bahkan lebih teruk lagi, anda
mungkin dihina dan diejek oleh penerbit mengatakan manuskrip anda tidak
layak diterbitkan.
Bagaimanakah perasaan anda ketika itu? Sudah tentu anda berasa terhina.
Semangat dan motivasi diri pasti jatuh merudum. Dan lebih teruk lagi,
mungkin situasi itu mematahkan semangat anda bagi terus menulis buat
selama-lamanya.
Jika anda menerbit sendiri buku anda, tidak ada isu manuskrip anda
ditolak oleh penerbit. Tiada siapa yang hendak menghina anda. Apabila
buku anda terbit, sudah tentu anda berbangga kerana hasil penat lelah
anda, akhirnya buku anda terbit seperti yang dirancang dan dikehendaki.
Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan semangat anda bagi terus
berkarya dan berusaha mempromosi buku anda kepada pengguna.
8. Boleh
Terbit Apa Sahaja Buku yang Anda Mahu
Anda tidak perlu lagi risau sama ada buku yang
anda tulis boleh terbit ataupun tidak. Ini kerana anda terbit sendiri.
Anda yang keluarkan belanja. Anda bukan mengharap belas kasihan
daripada penerbit.
Penerbit mungkin menolak buku anda kerana sasaran pembacanya yang
kecil. Akan tetapi anda lebih tahu siapa sasaran pembaca anda. Apabila
anda terbit sendiri buku anda, sudah tentu anda akan berusaha
memasarkan buku itu bersungguh-sungguh kepada pembaca sasaran. Ini
termasuklah melalui internet, kedai buku, mail order dan sebagainya.
Dengan cara menerbit sendiri juga membolehkan anda berkongsi idea,
ilmu, maklumat, pengalaman dan kreativiti dengan lebih ramai orang.
9. Anda
Menjadi Pakar dalam Bidang yang Anda
Tulis
Sesetengah individu menulis buku kerana mahu dianggap pakar. Apabila
anda menerbit sendiri buku, secara automatik anda dianggap pakar dalam
bidang yang anda tulis. Anda akan dihormati kerana berkongsi ilmu yang
ditulis. Ini secara tidak langsung membantu anda memperoleh pendapatan
tambahan sebagai penceramah, jurulatih, konsultan dan sebagainya.
Jika anda memiliki bisnes, buku anda itu pasti dapat membantu
memperkenal dan memperkembangkan lagi bisnes serta dihormati oleh para
pelanggan. Dengan kata lain, buku anda menjadi alat pemasaran yang
berkesan dan efektif. Buku anda secara tidak langsung mempromosi diri
anda sebagai pakar dalam bidang yang dipilih. Ini membantu anda
mencapai matlamat yang diimpikan.
|
Adakah
Terbit Sendiri Buku Perkara Baru di Malaysia?
Di Malaysia sendiri, semakin ramai
penulis yang menerbit sendiri buku mereka. Ada pelbagai faktor yang
menyebabkan mereka menerbit sendiri sebagaimana yang diterangkan
sebelum ini.
Antara penulis yang menerbit sendiri buku mereka ialah Sasterawan
Negara Dato A. Samad Said melalui syarikat yang
ditubuhkan
sendiri iaitu Wira Bukit Sdn. Bhd. Sebelum ini kebanyakan karya-karya
beliau diterbitkan oleh penerbit-penerbit besar seperti Dewan Bahasa
dan Pustaka dan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Anda mungkin kenal dengan penulis novel Ahadiat Akashah
yang terkenal
dengan novel beliau Budak Setan satu masa dahulu. Nama beliau
tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai penulis novel paling
banyak di Malaysia iaitu melebihi 70 judul. Pada awalnya beliau juga
menerbit novel dengan penerbit tempatan. Selepas itu beliau mula
mempelajari teknik menerbit sendiri buku dan menerbitkan dari rumah
beliau sendiri. Selain novel sendiri, beliau turut menerbitkan novel
penulis lain.
Seorang lagi novelis yang kini sedang meningkat naik namanya ialah Faisal
Tehrani. Akibat tidak berpuas hati dengan jualan buku beliau
yang diterbitkan oleh salah sebuah penerbit terkenal, beliau mengambil
keputusan menerbit sendiri novel beliau berjudul Tunggu Teduh Dulu.
Beliau berjaya menjualnya secara terus kepada peminat beliau melalui
internet.
Selain penulis-penulis novel yang menerbit sendiri novel mereka, ada
juga penulis buku bukan fiksyen yang menerbit sendiri buku. Sebagai
contoh Puan
Ainon Mohd. Satu ketika dahulu, beliau adalah jurulatih
mengenai pemikiran lateral. Banyak buku mengenai kemahiran berfikir
ditulis oleh beliau bersama Profesor Emeritus
Dr. Abdullah Hassan dan
diterbitkan dengan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Selepas berhenti menjadi jurulatih, beliau menceburi bisnes penerbitan
buku dengan menubuhkan syarikat bernama PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd. (PTS).
Pada peringkat awal PTS hanya menerbitkan karya Puan Ainon Mohd. dan
Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan. Selepas beberapa ketika PTS mula
menerbitkan karya-karya penulis tempatan lain. Kini PTS makin
berkembang dengan menubuhkan beberapa anak syarikat yang fokus
menerbitkan buku mengikut bidang tersendiri. Antaranya PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd. yang menerbit buku bisnes dan pendidikan, PTS
Millennia Sdn. Bhd. menerbit buku motivasi, PTS One Sdn. Bhd. menerbit
buku bacaan kanak-kanak dan remaja, PTS Islamika menerbit buku agama,
PTS Fortuna menerbit fiksyen, dan PTS Litera Utama Sdn. Bhd menerbit
karya terjemahan best-seller antarabangsa.
Pernahkah anda mendengar nama Azizi Ali?
Beliau adalah seorang
konsultan dalam bidang kewangan peribadi dan sudah menerbitkan beberapa
buah buku mengenai kewangan peribadi. Buku-buku itu beliau terbitkan
sendiri di bawah syarikat beliau iaitu TrueWealth Sdn. Bhd. Syarikat
beliau juga turut menerbitkan buku-buku hasil tulisan penulis
lain.
Di kalangan pensyarah
IPT pula, memang ramai yang mengambil inisiatif
menerbit sendiri buku sebagai rujukan pelajar mereka. Sebenarnya, jika
anda seorang pensyarah dan mengajar banyak kelas bagi satu-satu subjek
setiap semester, inilah peluang buat duit. Ini kerana menerbit dan
menjual buku rujukan kepada pelajar IPT memang mudah. Anda tidak perlu
pening kepala memikirkan bagaimana hendak menjual buku yang diterbitkan
kerana pembelinya sudah ada. Cuma perlu wajibkan sahaja setiap pelajar
membeli buku yang anda terbitkan itu. Anda juga sebenarnya membantu
mengelakkan pengaliran keluar wang negara kepada penerbit dari luar
negara akibat membeli buku rujukan terbitan mereka.
Bagaimana Senario Terbit Sendiri di Luar Negara?
Menerbit
sendiri buku bukan perkara baru di luar negara seperti Amerika Syarikat
dan United Kingdom. Banyak buku terlaris asalnya diterbit sendiri oleh
penulisnya. Sebagai contoh, buku What Colour Is
Your Parachutte?
diterbitkan sendiri oleh Richard Nelson Bolles pada tahun 1970. Buku
ini sudah terjual lebih 8 juta naskhah, dan purata 1,000 naskhah sehari
terjual serata dunia dan diterjemah ke dalam sepuluh bahasa.
Jika
anda pengurus, anda mungkin pernah mendengar ataupun membaca buku The
One Minute Manager. Buku hasil tulisan Kenneth Blanchard dan
Spencer
Johnson ini juga salah satu contoh buku yang diterbit sendiri. Buku ini
antara buku terawal kategori bisnes yang memperkenalkan teknik
pengurusan praktikal dalam bentuk cerita.
Pada
awalnya kedua-dua penulis menerbit sendiri buku ini bagi digunakan
dalam seminar yang mereka anjurkan. Selepas mengambil kira pendapat dan
cadangan daripada peserta seminar, buku itu disemak dan diperbaiki.
Akhirnya mereka berjaya menjual sendiri sebanyak 20,000 naskhah sebelum
diterbitkan oleh sebuah penerbit komersial dan akhirnya berjaya menjadi
salah satu buku best-seller.
Satu
lagi buku oleh Dr. Spencer Johnson yang beliau terbitkan sendiri ialah Who
Moved My Cheese? Buku setebal 94 halaman yang hanya mengisahkan
4
ekor tikus ini berjaya menjadi karya best-seller kategori bukan fiskyen
di Publishers Weekly selama 64 minggu. Saya yakin anda pernah mendengar
judul buku ini kerana ianya pernah menduduki carta buku best-seller di
kedai buku MPH tahun 2007.
Contoh
buku-buku lain yang berjaya menjadi best-seller dan terjual
berjuta-juta naskhah ialah 50 Simple Things
You Can Do to Save the
Earth terjual sebanyak 4.5 juta naskhah, How to Keep Your
Wolkswagen
Alive terjual sebanyak 2.2 juta naskhah, Leadership Secrets of Atilla
the Hun, terjual melebihi setengah juta naskhah, dan Final Exit terjual
melebihi setengah juta naskhah juga.
Penulis-penulis
yang menghasilkan buku di atas menerbit sendiri dan memiliki kuasa
sepenuhnya bagi memastikan buku mereka berjaya menjadi best-seller.
Boleh
dikatakan banyak penulis di barat menerbit sendiri buku mereka. Apabila
buku mereka menjadi best-seller, dengan pantas penerbit-penerbit
terkenal menyambar penulis ini menawarkan kontrak penerbitan dengan
syarikat penerbitan masing-masing.
Bayangkan
Apabila
Anda Berjaya Menerbit Sendiri Buku
Saya sendiri sebelum menerbitkan buku
sendiri, bekerja makan gaji seperti kebanyakan orang. Jika ikutkan,
saya ada peluang menerbit buku dengan syarikat di mana saya bekerja
iaitu PTS. Tetapi saya memilih menerbit sendiri buku itu melalui
syarikat yang saya tubuhkan. Mengapa? Senang sahaja. Pulangannya lebih
besar dan cepat jika dibandingkan terbit dengan penerbit. Bagaimana
saya tahu? Jawapannya anda sendiri tahu iaitu saya bekerja menerbitkan
buku penulis. Sudah tentu saya tahu segala aspek mengenai penerbitan
buku.
Banyak perkara berubah sejak saya
menerbitkan buku pertama saya itu iaitu 'Buat Duit dengan Terbit
Sendiri Buku'. Paling ketara aspek kewangan. Boleh dikatakan ia
menambah pendapatan saya. Hidup tidak lagi stres kerana wang tidak
menjadi masalah.
Hampir setiap hari duit
masuk ke dalam
akaun hasil bayaran pelanggan yang membeli buku yang saya terbitkan.
Purata ada 3 pesanan yang saya terima setiap hari. Bayangkan jika
setiap hari anda juga dapat menambah pendapatan seperti saya. Jika 3
orang yang memesan buku anda yang berharga RM40 setiap satu, bermakna
anda mendapat pendapatan tambahan RM120 sehari. Sebulan paling tidak
anda mendapat RM3,600 (RM120 x 30 hari = RM3,600).
Selain pendapatan hasil jualan buku, saya juga turut menerima jemputan
bagi memberikan ceramah dan mengendalikan bengkel. Sudah tentu ini juga
menambah pendapatan saya. Dengan kata lain, apabila anda ada buku, anda
dianggap pakar dalam bidang yang anda tulis. Secara tidak langsung
banyak pihak nanti berminat menjemput anda bagi menyampaikan ceramah
atau mengendalikan bengkel berkaitan.
Sila lihat bukti transaksi
melalui akaun syarikat saya iaitu MNS Infobiz
Consultancy seperti di
bawah.
  |
Ini hanyalah pendapatan melalui jualan
buku di internet. Apa kata jika anda menjual juga buku anda itu di
kedai-kedai buku terkenal seperti MPH, Popular, Kinokuniya dan Borders?
Bagaimana pula jika anda turut menjual buku yang anda terbit kepada
peserta ceramah ataupun bengkel yang anda anjurkan? Sudah tentu
pendapatan tambahan melebihi pendapatan tetap anda.
Bagaimana dengan anda?
Yang pasti, apabila anda sudah berjaya mencipta pendapatan tambahan,
kewangan keluarga anda juga bertambah baik. Jika dahulu banyak
keinginan anda terpaksa ditangguhkan, selepas buku terbit dan bisnes
buku anda berjalan lancar, kewangan anda juga pasti bertambah baik.
Apabila bisnes buku yang anda terbitkan
sendiri berjaya, anda sudah tidak perlu risau mengenai wang lagi.
Buat Duit dengan
Terbit Sendiri Buku
Bagaimana?
Sudah timbul minat hendak terbit sendiri buku yang anda tulis? Sudah
nampak apa kelebihan menerbit sendiri buku anda? Sudah terbayang di
minda anda bagaimana anda boleh menjana pendapatan tambahan? Sudah
nampak bagaimana menjual buku yang anda tulis dan terbit boleh menjadi
satu bisnes yang menguntungkan?
Adakah
anda sudah bersedia menerbitkan sendiri buku anda? Jika begitu,
dapatkan segera buku yang saya tulis khusus buat anda yang berjudul
'Buat Duit dengan Terbit Sendiri Buku'. Buku ini ditulis khas bagi
memberi panduan kepada anda langkah demi langkah bagaimana menerbitkan
buku. Buku yang bakal anda terbitkan itu boleh sama ada dalam bentuk
buku fizikal ataupun e-book.
Mengapa
saya terbitkan buku ini? Ini antara soalan yang sering ditanya kepada
saya. Ini kerana ramai mengetahui saya sekarang bertugas sebagai
pengurus penerbitan di sebuah syarikat penerbitan yang ternama. Tetapi
apabila terbitnya buku ini, ia seolah-olah tidak menggalakkan penulis
menerbit buku dengan penerbit buku. Sebaliknya menggalakkan penulis
menerbit sendiri.
Idea
menulis buku ini timbul apabila saya melihat banyak manuskrip penulis
yang terpaksa saya tolak sedangkan ianya ada potensi untuk dijual. Saya
tahu memang ramai penulis kecewa apabila manuskrip mereka ditolak
penerbit. Tetapi banyak sebab mengapa penerbit menolak manuskrip.
Antaranya ialah kerana manuskrip itu tidak sesuai dengan jenis buku
yang penerbit terbitkan. Sebagai contoh, anda menghantar manuskrip
mengenai buku masakan kepada penerbit buku agama. Sudah tentu manuskrip
anda itu ditolak mentah-mentah.
Timbul
pula rasa simpati kepada penulis. Ini kerana apabila saya terpaksa
tolak manuskrip penulis, saya tertanya-tanya sendiri di mana pula
penulis itu hendak terbitkan manuskripnya. Ini kerana tidak banyak
penerbit buku di Malaysia yang menerbitkan buku untuk bacaan umum.
Penerbit buku teks dan buku kerja memang banyak. Jadi ada kemungkinan
peluang penulis itu untuk menerbitkan manuskripnya dengan penerbit lain
tipis. Dengan kata lain, mungkin manuskripnya itu tidak akan terbit
buat selama-lamanya.
Daripada
situ, timbullah idea hendak membukukan cara-cara bagaimana menerbitkan
buku. Dengan adanya buku ini nanti dapat membantu ramai penulis yang
tidak berpeluang menerbit buku dengan penerbit supaya dapat menerbit
sendiri buku mereka.
Selepas
membaca buku ini anda akan tahu bagaimana:
 |
Menyunting manuskrip |
 |
Membuat rekabentuk halaman
buku |
 |
Membuat rekabentuk kulit
buku |
 |
Memohon ISBN dan CIP
daripada Perpustakaan Negara Malaysia |
 |
Menulis blurb di belakang
kulit buku |
 |
Berurusan dengan pencetak
buku |
 |
Membuat anggaran kos
menerbit dan kira-kira untung rugi |
 |
Menetapkan
harga buku |
 |
Mempromosi buku |
 |
Menjual dan mengedar buku |
 |
Membuat e-book |
Apa
yang paling penting ialah, selepas anda menguasai teknik menerbit
sendiri buku, anda boleh:
 |
Menjimat dan
meminimumkan kos menerbitkan buku anda
serendah yang mungkin |
 |
Melipat gandakan
untung anda hasil daripada jualan
buku sama ada melalui kedai buku ataupun internet |
 |
Menerbitkan
buku anda dalam tempoh
sesingkat 2 minggu |
 |
Menghasilkan
buku yang kelihatan cantik dan
profesional setaraf dengan buku-buku yang diterbitkan oleh
penerbit
ternama |
 |
Mendapatkan
nombor ISBN
dan CIP secara percuma tanpa
perlu bayar satu sen pun |
Siapa
Saya?
Mungkin
anda tertanya-tanya siapa diri saya? Apakah kelayakan yang saya
miliki?
Nama saya Nazrul Samsudin.
Saya adalah Timbalan Pengurus Pemasaran di Jabatan Pemasaran, PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd. Tugas saya ialah merancang
dan memantau aktiviti pemasaran buku-buku terbitan PTS di internet.
Sebelum menjawatan jawatan sekarang saya
bertugas sebagai Pengurus Penerbitan di PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd. (PTS Pro). Syarikat yang saya uruskan ini
fokus
menerbitkan buku kategori bisnes, pengurusan dan pendidikan dalam
bahasa Melayu untuk pasaran di kedai buku dan juga sektor sekolah.

Jika anda ke kedai-kedai buku utama seluruh negara seperti
MPH, Popular
dan lain-lain, perhatikan di rak-rak buku bisnes dan pengurusan dalam
bahasa Melayu, kebanyakan buku di rak itu diterbitkan oleh PTS Pro.
Berikut latar belakang pendidikan saya:
- Ijazah
Sarjana Muda Undang-undang
(Kepujian) dari UIAM pada tahun
2002
- Ijazah
Sarjana Undang-undang Perbandingan juga
dari UIAM pada tahun 2004
- Sijil
Pengurusan Syarikat dari Pusat
Undang-undang, Kulliyah Undang-undang, UIAM
pada 2003.
Saya berkecimpung dalam bidang penerbitan buku hampir 7 tahun.
Sebaik tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda, saya terus
dipelawa menyertai PTS. Kerjaya saya dalam bidang penerbitan bermula
dari bawah. Berikut antara jawatan yang pernah saya sandang di PTS.
- Jurulatih
Kanan, PTS Consultants Sdn. Bhd. (Jun
2002 Ogos 2002) - bertugas merangka modul
program kem motivasi dan melatih fasilitator.
- Editor
Perolehan, PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.(September 2002
Jun 2004) - merancang dan membangunkan judul buku, menjalankan
penyelidikan, mengendalikan bengkel penulisan di institut pengajian
tinggi awam dan swasta bagi mencungkil penulis berbakat, memantau,
mendorong dan memotivasi penulis.
- Pengurus
Pengeluaran, PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.(Julai
Disember 2004) - mengatur jadual penerbitan buku, menyediakan kos
penerbitan, berurusan dengan pencetak buku, memantau kerja editor
pengurusan, menentukan rekabentuk halaman dan kulit buku.
- Pengurus
Penerbitan, PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd. (Januari 2005
Jun 2009) - memantau operasi penerbitan secara keseluruhan,
meluluskan judul dan manuskrip yang bakal diterbitkan, menyelaraskan
jadual penerbitan, menyediakan bajet penerbitan, menyelaraskan aktiviti
promosi dan pemasaran buku.
- Timbalan Pengurus
Pemasaran, PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.(Julai 2009
sekarang) - merancang dan memantau aktiviti promosi da pemasaran
buku-buku terbitan PTS melalui internet.
- Pegawai
Undang-undang, PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd. (2005
sekarang) - menasihat syarikat mengenai perkara berkaitan undang-undang
hak cipta dan merangka perjanjian penerbitan syarikat.
Sepanjang bertugas di PTS, saya berjaya mengurus dan
menerbitkan lebih daripada 350 judul buku
pelbagai kategori. Antara
buku yang saya sendiri bawa masuk dan menjadi bestseller ialah Rahsia
Bisnes Orang Cina oleh Ann Wan
Seng yang
diterbitkan pada 2006 dan sehingga hari ini tercetak lebih daripada
35,000 naskhah dan menjadi bestseller di Indonesia dan terjual lebih
daripada 40,000 naskhah di sana.
Saya juga sekarang bertanggungjawab menguruskan penerbitan buku
terjemahan oleh penulis-penulis terkenal di peringkat antarabangsa
dalam bidang bisnes dan pengurusan ke dalam bahasa Melayu. Antaranya
ialah buku oleh John
C. Maxwell, BrianTracy, PhilipKotler dan
Peter Drucker.
Saya juga bertanggungjawab membuat urusan bagi mendapatkan hak
terjemahan melalui agen-agen yang dilantik penulis-penulis berkenaan.
Selain pengalaman kerja, berikut kelayakan
dan pengalaman lain:
- JurulatihKelas Penulisan
Popular, UNITAR
Kelana Jaya (Ogos 2005
sekarang) - melatih para pelajar dengan teknik penulisan berkesan,
teknik adaptasi, teknik terbit sendiri buku, ilmu hak cipta dan dunia
penerbitan di Malaysia.
- PengurusProjek -
menerbitkan buku-buku terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad (ITNMB) pada
2003-2004 di mana PTS dilantik sebagai kontraktor.
- PengurusProjek
menerbitkan buku SuruhanjayaPerkhidmatan Awam
Malaysia berjudul
Jejak Langkah Cenderasari ke Putrajaya - 50 Tahun
Pengalaman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 2008.
- Pengurus Projek -
menerbitkan Prosiding
Persidangan Penterjemahan
Antarabangsa pada
2006, 2007 dan 2008.
Testimoni: Apa
Kata Mereka? |
 |
En. Nazrul
Samsudin mempunyai 7 tahun
pengalaman menerbitkan
buku. Ini termasuklah pengalaman membina judul
buku bestseller, membimbing dan
membangunkan penulis, menyunting, merekabentuk
halaman dan kulit buku,menyediakan kos
penerbitan, berurusan dengan
pencetak, mempromosi dan
juga mengedar buku yang diterbitkan.
Pengalaman
praktikal menerbitkan buku yang beliau ada cukup berguna bagi sesiapa
yang berhasrat menerbit sendiri buku.
PROFESOR
EMERITUS DR. ABDULLAH B. HASSAN
Profesor Bahasa
Melayu
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
|

|
Dengan terbitnya
buku ini diharapkan dapat
menjadi jalan alternatif
kepada para penulis bagi menerbit buku mereka seterusnya
merancakkan lagi industri penerbitan buku di Malaysia.
EN. ARIEF HAKIM
SANI B. RAHMAT
Setiausaha Kehormat
Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) |

|
Jika anda
berhasrat menerbit sendiri buku, inilah buku rujukan
terbaik yang
boleh anda jadikan
panduan.
SAYID MUNAWAR B. SAYID MOHD MUSTAR
Pengacara Segmen
Resensi Buku RTM1 |


|
Berbekalkan
panduan
dari buku tulisan Tuan Nazrul Samsudin 'Buat Duit
Dengan Terbit Sendiri Buku' saya berjaya menulis dan menerbitkan
sendiri buku berjudul 'EMAS HITAM Resepi
Menternak Cacing Tanah
Untuk buat Duit' dalam
tempoh dua
bulan setengah.
Alhamdulillah.
Apa yang lebih
menggembirakan saya, buku tersebut telah
benar-benar mendapat sambutan, terutamanya dari mereka yang
berkecimpung dalam industri ternakan Cacing Tanah.
Buku tersebut siap
dicetak pada 25 Julai 2008 (1000 naskah) dan pada hari ini (28 Julai
2008)
hanya berbaki kira-kira 150 naskah sahaja.
MOHAMAD SAAT SUKAMI
Buku Emas Hitam Resepi Menternak Cacing Tanah
untuk Buat Duit
http://www.scribd.com/doc/
4015604/Cacing-Tanah |


|
Buku ini
lahir
daripada penulis yang benar-benar memiliki pengalaman
dan pengetahuan bagaimana menerbitkan buku.
Jika saya pernah
mendapat
manfaat daripada pengalaman beliau bagi menerbitkan buku 'Jejak Langkah
Cenderasari ke Putrajaya', mengapa pula tidak anda?
SALEHUDDIN MD.
DAHLAN
Buku 'Jejak Langkah dari Cenderasari ke Putrajaya
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
www.salehuddin.wordpress.com |

|
Saya banyak
memberikan ceramah dan seminar mengenai kesihatan remaja. Sudah
berpuluh-puluh kertas kerja yang saya bentangkan mengenai topik yang
sama.
Selepas membaca
buku En. Nazrul Samsudin, timbul idea bagi menulis,
membuku dan menerbitkan sendiri hasil kajian mengenai kesihatan remaja.
Akhirnya saya
berjaya menerbitkan sendiri buku pertama saya bersama dua
orang lagi penulis bagi dipasar dan dijual di pasaran terbuka November
2008.
DR. RAZANA ZAKARIA
Buku 'Saya Bukan Budak Kecil Lagi'
Doktor Pakar
Klinik Razana, Shah Alam, Selangor
www.panduanremaja.com |


|
Pembantu
peribadi yang padat dengan teknik menerbitkan sendiri buku
tanpa meminggirkan aspek motivasi keusahawanan. Saudara Nazrul berjaya
mengisi ruang kosong dalam industri buku mengenai konsep terbit sendiri
yang menjadi pertanyaan ramai orang. Saya sendiri merupakan 'produk'
daripada karya beliau.
Tanpa mengira latar belakang sama ada anda seorang guru, pensyarah,
usahawan petani, pelajar atau doktor, buku ini perlu dimiliki sekiranya
anda berhajat ntuk menerbitkan sendiri buku.
Saya percaya buku beliau mampu membawa revolusi baru dalam industri
buku dengan mewujudkan lebih ramai penuis dan penerbit persendirian.
Secara tdak langsung menyuburkan kembali industri buku tanahair.
MOHD ZAIM JAAFAR
Guru
MZJ Consultancy Sdn. Bhd.
Teluk Intan, Perak
zuhrawi@hotmail.com
|


|
Tahniah atas penerbitan buku saudara.
Saya sudah membaca keseluruhan kandungan buku BUAT DUIT DENGAN TERBIT
SENDIRI BUKU. Untuk makluman saudara, saya seorang guru. Saya ada
menulis dengan pelbagai penerbit yang menerbitkan buku latihan untuk
pelajar sekolah rendah. Buku saudara memberikan inspirasi kepada saya
untuk BUAT DUIT DENGAN TERBIT BUKU SENDIRI.
Selama
ini saya menjual skrip kepada
penerbit-penerbit dengan harga murah tanpa mendapat sesen royalti. Kini
tiba masanya saya ingin terbit buku sendiri. Saya mengajar subjek
Bahasa Melayu dan menulis banyak buku tentang tatabahasa dan cara
menulis karangan dengan baik. Saya harap saudara dapat memberi
perangsang untuk saya menerbitkan buku saya sendiri.
Hasil
pembacaan buku saudara, akhirnya menguatkan semangat saya menerbitkan
buku sendiri, sehingga terbitnya buku yang bertajuk " BIJAK MENGARANG ".
Terima kasih.
NOR AZIZUL BIN HARUN
anjungskrip@yahoo.com
016-259
0089 |


|
Saya membeli buku Buat Duit Dengan Terbit Sendiri
Buku daripada penulis buku ini sendiri. Sebaik sahaja sampai ke
tangan saya, saya membaca buku ini dari kulit ke kulit untuk memahami
isi kandungan buku ini. Apa yang saya dapati:
1. Kandungan buku tersebut menepati apa yang saya perlukan untuk
menerbitkan dan menghasilkan buku sendiri
2. Olahan dan cara penyampaian mudah untuk saya fahami (step by step)
3. Diberikan tips dan panduan yang amat berguna sekiranya kita
ingin
menerbit buku sendiri
4. Sekiranya saya tidak memahami akan sesuatu perkara, penulis buku ini
sanggup menjawab pertanyaan baik melalui email mahupun telefon dengan
senang hati
5. Tidak rugi rasanya membeli buku ini sekiranya anda bercadang
memiliki buku sendirinama anda sendirihasil usaha anda
sendiri!
6. Akhirnya, dengan panduan dan pertolongan yang diberikan oleh penulis
buku sendiri, saya berjaya menghasilkan buku berbentuk ilmiah sendiri
(tulisan bersama rakan-rakan)
HAFIZAL RAMLI
Education Consultant
http://www.HafizalRamli.com/
|


|
Selepas tamat membaca ayat-ayat terakhir pada helaian akhir
buku 'Buat Duit dengan Terbit Sendiri Buku', saya berpendapat En.
Nazrul Samsudin mengajar seseorang mengenai perniagaan paling rendah
modal.
Dengan sebatang pena dan sekajang kertas, seorang penulis dapat
menghasilkan tulisan yang dapat membeli dunianya, memiliki kebebasan
kewangannya dan menempah syurganya jika jujur niat amalnya.
Akhirnya saya mengecapi kebebasan kewangan dengan buku pertama saya
'Rahsia & Peluang Menjadi Penternak Jutawan'.
Katakan 'Ya' bagi memiliki buku ini!
Keputusan ditangan anda. Tepuk dada, tanya selera...
AHMAD RUSTAM AMIR
Penulis
Rahsia & Peluang Menjadi Penternak Jutawan
http://www.RahsiaPenternak.com/
|
Berapa Nilai dan Harga
Buku Ini?
Jika diikutkan,
sekiranya anda hendak belajar bagaimana menerbit sendiri buku melalui
seminar yang dianjurkan di luar sana, anda perlu bayar tidak kurang
daripada RM1,000. Jadi adakah anda
perlu bayar RM1,000 juga bagi
membeli buku saya.
Tidak. Anda tidak perlu
bayar RM1,000. Anda juga tidak perlu bayar RM500. Tidak juga RM100.
Anda cuma perlu bayar RM30
sahaja. Ianya tidak semahal kos bagi
menghadiri seminar yang dianjurkan di luar sana. Tetapi nilai buku saya
ini bersamaan dengan nilai seminar di luar sana. Bahkan lebih lagi.
Bayangkan, dengan hanya
membuat pelaburan
serendah RM30 bagi menerbitkan buku anda, anda bakal
menjana lebih daripada RM4,000 sebulan. Bahkan anda
mungkin dapat lebih
daripada itu.
BONUS untuk ANDA. PERCUMA! |
 |
E-book
Tip Menulis Buku Bukan Fiksyen
(Bernilai
RM15)
Anda hendak belajar teknik menulis buku bukan
fiksyen yang berkesan?
Dapatkan tip-tip penting di dalam buku yang saya tulis khas untuk anda
ini.
(E-book ini akan
diemel kepada anda) |
 |
E-book Akta Hak
Cipta 1987 (Akta 332)
Malaysia
(Bernilai
RM15)
Sebagai penulis, anda perlu tahu apa hak anda.
Semuanya terkandung di
dalam Akta ini. Akta ini menjadi rujukan peguam dan hakim di
mahkamah Malaysia yang mengendalikan kes-kes hakcipta.
(E-book ini akan
diemel kepada anda) |
 |
E-book
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Akta 301) Malaysia
(Bernilai
RM15)
Anda hendak terbit sendiri buku anda bukan?
Ini bermakna anda bakal
menjadi penerbit buku. Fahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh
anda lakukan sebagai penerbit buku.
(E-book ini
akan diemel kepada anda) |
Bagaimana
Anda Boleh
Dapatkan Buku Ini?
Anda boleh dapatkan
buku ini dengan membeli terus daripada saya melalui internet. Sila
pilih salah satu daripada kaedah bayaran seperti di bawah.
Buku ini adalah dalam bentuk e-book (format pdf). Sebaik sahaja
saya menerima bayaran yang
anda buat, saya akan e-mel buku ini terus kepada anda.
Kaedah
Bayaran |
1.
Pindah wang
RM30 melalui Maybank2u /
bank transfer
Bank |
Maybank |
No Akaun |
5620 1200 2771 |
Nama Syarikat |
MNS Infobiz
Consultancy |
E-mel |
info@HafizalRamli.com |
- E-melkan makluman pindah wang kepada info@HafizalRamli.com
- E-melkan juga nama penuh anda
|
2.
Bayar
RM30 menggunakan Mesin
Deposit Tunai Maybank
Bank |
Maybank |
No Akaun |
5620 1200 2771 |
Nama Syarikat |
MNS Infobiz
Consultancy |
SMS |
013-339 7732 |
- Selepas
bayaran dibuat, sila e-mel ataupun sms
maklumat bayaran
yang dibuat seperti tarikh, masa dan tempat
- E-mel/sms juga nama penuh anda dan
e-mel ke
E-mel |
info@HafizalRamli.com |
Sms |
013-339 7732 |
|
3. Bayar USD11 menggunakan kad kredit/PayPal (klik butang di bawah)
|
- Setakat hari ini, belum ada mana-mana buku
dalam bahasa Melayu yang mendedahkan cara menerbit buku secara fizikal.
- Dengan pelaburan awal RM30, anda akan belajar
dari A-Z bagaimana menerbitkan buku secara profesional sama seperti
penerbit buku ternama yang ada di luar sana.
- Dengan pelaburan awal RM30 ini juga, impian
anda untuk menjana pendapatan tambahan dengan membuat bisnes buku
melalui internet hanya dari rumah akan menjadi kenyataan.
- Bersedialah melihat wang mengalir masuk
ke akaun bank anda setiap hari hasil bayaran buku yang dibuat oleh
pelanggan anda. Anda mampu menjana antara RM300 - RM1,200 setiap bulan.
Bahkan anda mungkin dapat lebih daripada itu.
- Impian anda melihat buku yang anda tulis
terjual di kedai-kedai buku ternama seperti MPH, Popular dan Kinokuniya
pasti tercapai.
|
|